PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN CYBERNETICS 2025

1. MAKLUMAT MAJLIS KONVOKESYEN
Tarikh 25 OKTOBER 2025, (SABTU)
Tempat

Dewan Besar
Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS)
Universiti Putra Malaysia

Masa

SESI PAGI : 7.00 Pagi – 12.30 Tengahari
SESI PETANG : 1.00 Petang - 5.00 Petang

2. JEMPUTAN MAJLIS KONVOKESYEN

Graduan hendaklah hadir mengikut masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada surat jemputan anda.

SESI PAGI

PROGRAM KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS (CICT)
Majlis Konvokesyen ke-22
  1. Diploma Pengurusan Hotel dan Katering (DHC)
  2. Diploma Pengurusan Perniagaan (DPP)
  3. Diploma Pengurusan Sumber Manusia (DPSM)
  4. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DEC)
  5. Diploma Teknologi Maklumat (DCF)
  6. Diploma Multimedia Kreatif (DMK)
  7. Diploma Pengurusan Penerbangan (DAM)
  8. Diploma Syariah (DS)
  9. Certificate Of Business Management (SPP)
  10. Sijil Multimedia Kreatif (SMK)
  11. Certificate Of Aviation Management (SAM)
  12. SKM Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tahap 3)
PROGRAM CYBERNETICS INTERNATIONAL COLLEGE (CINT)
Majlis Konvokesyen ke-12
  1. Diploma Pengurusan Logistik (DLM)
  2. Diploma Pengurusan Pelancongan (DTM)

PROGRAM EKSEKUTIF KTAC EDUCATION
Majlis Konvokesyen ke-15

  1. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak- Kanak (DEPAK)
  2. Diploma Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia (DEPSM)
  3. Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan (DEPP)
  4. Diploma Eksekutif Perakaunan (DEPA)
  5. Diploma Eksekutif Pengurusan Logistik (DEPL)

SESI PETANG

PROGRAM EKSEKUTIF KTAC EDUCATION
Majlis Konvokesyen ke-15

  1. Master Eksekutif Pengurusan Pentadbiran (MEBA)
  2. Master Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia (MEPSM)
  3. Bacelor Eksekutif Pengurusan Pejabat (BEOM)
  4. Bacelor Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-Kanak ( BEPAK)
  5. Bacelor Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia (BEPSM)
  6. Bacelor Eksekutif Perundangan (BEIL)
  7. Bacelor Eksekutif Pekerjaan, Keselamatan & Kesihatan (BEOSH)
  8. Diploma Eksekutif Pengurusan Hotel (DEPH)
  9. Diploma Eksekutif Perundangan (DEIL)
  10. Diploma Eksekutif Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan (DEOSH)
3. PENGESAHAN KEHADIRAN
  1. Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan mengisi portal konvokesyen di http://convo.cybernetics.edu.my bermula 25 OGOS 2025 sehingga 19 SEPTEMBER 2025.
  2. Para graduan diminta melengkapkan semua maklumbalas yang diperlukan di portal konvokesyen tersebut pada tarikh yang ditetapkan.
  3. Graduan TIDAK DIBENARKAN mewakilkan orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen.
4. KEAHLIAN ALUMNI DAN KERJAYA (Hanya untuk Graduan CICT dan CiNT Sahaja)
  1. Graduan DIWAJIBKAN untuk mengisi BORANG KEAHLIAN ALUMNI DAN KERJAYA dalam portal konvokesyen mengikut tarikh yang telah ditetapkan di atas.
5. SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG) 2025 (Hanya untuk Graduan CICT dan CiNT Sahaja)
  1. Semua graduan adalah DIWAJIBKAN mendaftar di dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan 2025 (SKPG) yang dijalankan oleh Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula 19 SEPTEMBER 2025 sehingga 30 NOVEMBER 2025 di link berikut Kajian Pengesanan Graduan 2025 (mohe.gov.my).
  2. Sila buat cetakan atau screenshot Slip Kajian Pengesanan Graduan pada akhir Kajian Pengesanan.
  3. Graduan DIWAJIBKAN membawa atau menunjukkan Slip Kajian Pengesanan Graduan sebelum pengambilan kad jemputan dan pakaian akademik di Training Room, Tingkat 2, CICT.
6. YURAN MAJLIS KONVOKESYEN 2025 (Hanya untuk Graduan CICT dan CiNT Sahaja)
  1. Sila rujuk kaedah pembayaran yuran konvokesyen dalam LOG MASUK GRADUAN di portal konvokesyen.
  2. Tarikh akhir pembayaran yuran konvokesyen secara ONLINE adalah pada 10 OKTOBER 2025 atau TUNAI pada 23 OKTOBER 2025.
  3. Pelajar dikehendaki membawa RESIT RASMI semasa urusan PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN jubah. Resit tersebut hendaklah dikemukakan bagi tujuan pengesahan oleh pihak urus setia. Sekiranya resit rasmi HILANG atau DICETAK SEMULA , DENDA akan dikenakan.
7. TEMPAHAN SLOT PENGAMBILAN KAD JEMPUTAN DAN PAKAIAN AKADEMIK (Hanya untuk Graduan CICT dan CiNT Sahaja)
  1. Tempahan slot pengambilan kad jemputan dan pakaian akademik boleh dibuat di portal konvokesyen sebaik sahaja pandaftaran alumni telah dibuat.
  2. Pengambilan Jubah hanya boleh dibuat setelah resit pembayaran dimuatnaik ke dalam portal
8. PENGAMBILAN KAD JEMPUTAN, KAD NAMA GRADUAN DAN PAKAIAN AKADEMIK
  1. Sila ambil kad jemputan, kad nama graduan dan pakaian akademik di Kaunter Konvokesyen mengikut tarikh tempahan slot pengambilan iaitu pada 16 atau 17 OKTOBER 2025 bertempat di Training Room, Tingkat 2, CICT.
  2. Graduan atau wakil hanya boleh mengambil jubah akademik pada hari yang telah ditetapkan sahaja. Jubah akademik tidak akan diedarkan pada hari konvokesyen.
  3. Wakil yang ingin mengambil jubah bagi pihak graduan perlu membawa surat kebenaran wakil yang mengandungi nama penuh, no kad pengenalan dan no matrik graduan tersebut beserta nama penuh dan no kad pengenalan wakil (salinan kad pengenalan graduan dan wakil hendaklah dilampirkan) .
  4. Graduan WAJIB membawa KAD JEMPUTAN, KAD NAMA DAN PAKAIAN AKADEMIK semasa menghadiri Majlis Konvokesyen.
9. ETIKA PEMAKAIAN PAKAIAN AKADEMIK , GRADUAN DAN TETAMU
  1. Untuk maklumat lanjut berkenaan etika pemakaian pakaian akademik, graduan dan tetamu semasa majlis konvokesyen, anda DIWAJIBKAN merujuk ETIKA PEMAKAIAN MAJLIS KONVOKESYEN CICT 2025 yang disertakan di laman utama portal konvokesyen CICT.
  2. Majlis konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi, graduan diingatkan supaya memakai pakaian LENGKAP, KEMAS DAN SOPAN serta MEMATUHI ETIKA PAKAIAN yang ditetapkan. Para graduan yang tidak mematuhi etika pakaian yang ditetapkan, TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai perarakan atau naik ke atas pentas untuk upacara pengurniaan skrol.
10. PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK
  1. Pakaian Akademik hendaklah dipulangkan semula dalam keadaan yang baik kepada Kaunter Jubah Konvokesyen mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu pada :
    1. 25 OKTOBER 2025 bertempat di Dewan Besar PKKSSAAS,UPM (Kaunter Jubah akan dibuka sehingga jam 5.30 Petang) atau ;
    2. 27 dan 28 OKTOBER 2025 bertempat di Training Room, Tingkat 2, CICT.
  2. DENDA lewat pemulangan akan dikenakan sebanyak RM100.00 sehari bermula tarikh 29 OKTOBER 2025 dan didarabkan dengan jumlah hari selepas tarikh tersebut.
  3. Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai mana-mana bahagian pakaian akademik yang disewa.
  4. Jika pakaian akademik rosak atau hilang, skrol tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran denda dijelaskan.
  5. Bayaran denda yang dikenakan bagi setiap kehilangan atau kerosakan jubah/hood/mortar board adalah RM600.00 setiap satu.
11. PERATURAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN BAGI GRADUAN
  1. Graduan hendaklah berkumpul mengikut arahan petugas untuk berarak masuk ke dewan sebelum pukul 7.00 pagi bagi sesi Pagi dan graduan sesi Petang sebelum pukul 1.00 Petang (Surau disediakan).
  2. Sila uruskan semua keperluan diri sebelum perarakan masuk ke dalam dewan.
  3. Graduan TIDAK DIBENARKAN KELUAR dari dewan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung hingga akhir majlis.
  4. Sila bawa KAD NAMA ketika perarakan graduan. Kad nama yang tercicir atau hilang akan dikenakan DENDA. Sila maklumkan kehilangan kad kepada urusetia jemputan / perarakan sebelum beratur bagi mendapatkan kertas nama sementara.
  5. Graduan TIDAK DIBENARKAN membawa telefon bimbit ketika perarakan dan naik ke atas pentas.
  6. Graduan hanya bangun dari tempat duduk selepas mendapat arahan dari urusetia.
  7. Graduan beratur mengikut tanda yang ditetapkan ketika berada di atas pentas dan mengambil skrol serta mengucapkan terima kasih kepada Tetamu Kehormat. Graduan TIDAK DIBENARKAN berjabat tangan semasa menerima skrol daripada Tetamu Kehormat.
  8. Setelah turun dari pentas, Graduan perlu terus kembali ke tempat duduk dengan mengikut arahan urusetia dan TIDAK DIBENARKAN keluar dari dewan hingga akhir majlis.
  9. Sebarang urusan keluar masuk dewan mestilah mendapat kebenaran dari Urusetia bertugas.
12. PERATURAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN BAGI TETAMU GRADUAN
  1. Tetamu yang membawa kenderaan diminta meletakkan kenderaan di tempat yang ditetapkan oleh pihak Keselamatan UPM. Sila tunjukan pas kenderaan / kad jemputan di atas dashboard kereta.
  2. Sila uruskan semua keperluan diri sebelum masuk ke dalam dewan.
  3. Para tetamu TIDAK DIBENARKAN KELUAR dari dewan sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung.
  4. Tetamu yang mempunyai kad jemputan sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan. 1 KAD JEMPUTAN MEWAKILI 2 ORANG TETAMU SAHAJA.
  5. Semua tetamu perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh urusetia. Tetamu yang tidak mematuhi arahan TIDAK DIBENARKAN masuk / duduk di dalam Dewan.
  6. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam Dewan.
  7. Khemah tambahan di luar dewan disediakan bagi tetamu yang tidak masuk ke dalam dewan.
  8. Kamera, perakam video TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam dewan. Pihak kolej telah menyediakan perkhidmatan fotografi kepada semua graduan (termasuk di dalam yuran konvokesyen).
  9. Telefon bimbit hendaklah di dalam MOD SENYAP semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung.
  10. Para tetamu diminta mengambil tempat di dalam dewan, pintu masuk akan ditutup 30 MINIT sebelum majlis bermula.
  11. Sebarang urusan keluar masuk dewan mestilah mendapat kebenaran dari Urusetia bertugas.
  12. Tetamu perlu memakai pelitup muka sekiranya kurang sihat berdasarkan pemeriksaan kesihatan kendiri.
  13. Tetamu TIDAK DIBENARKAN membawa bunga tangan / bouquet / makanan / minuman / apa-apa yang akan memakan ruang dan kerusi lain.

13. PENGAMBILAN GAMBAR KONVOKESYEN & SKROL KONVOKESYEN

  1. Graduan boleh mengambil gambar konvokesyen masing-masing mulai 27 OKTOBER 2025 (ISNIN). Gambar Konvokesyen adalah termasuk dalam pakej yuran graduan yang telah dibayar.
  2. Hanya Graduan yang melunaskan tunggakan yuran pengajian dan penginapan sehingga 31 OGOS 2025 sahaja dibenarkan mengambil skrol sebaik sahaja tamat majlis konvokesyen di UPM pada 25 OKTOBER 2025.
  3. Graduan yang ingin mengambil skrol perlu menunjukkan resit yuran konvokesyen yang mempunyai cop rasmi membuktikan bahawa pakaian akademik telah dipulangkan dengan lengkap, yuran konvokesyen telah dijelaskan, serta semua baki yuran pengajian telah dilunaskan.
  4. Skrol juga boleh diambil di alamat yang diyatakan dibawah bermula 27 OKTOBER 2025 (ISNIN).
  5. Alamat tempat pengambilan Skrol**:

    A. CICT
    Pendaftar,
    Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (CICT)
    154-4-12 Kompleks Maluri,
    Jalan Jejaka, Taman Maluri,
    55100 Kuala Lumpur.
    Tel: 03 9287 4881
    B. CiNT
    Pendaftar,
    Cybernetics International College (CiNT)
    160-4-4 Kompleks Maluri,
    Jalan Jejaka, Taman Maluri,
    55100 Kuala Lumpur.
    Tel: 03 9202 9269
    C. KTAC EDUCATION (EXECUTIVE)
    Pendaftar,
    KTAC Education
    154-4-10 Kompleks Maluri,
    Jalan Jejaka, Taman Maluri,
    55100 Kuala Lumpur.
    Tel: 03 9281 4881
  6. Bagi graduan yang tidak hadir ke majlis konvokesyen tetapi ingin mengambil skrol, hendaklah mengambil resit rasmi konvokesyen di kaunter Bursary bermula 27 OKTOBER 2025.*
  7. Sekiranya graduan tidak dapat hadir sendiri mengambil skrol, graduan boleh menghantar seorang wakil untuk mengambil skrol.
  8. Wakil perlu membawa bersama SURAT KUASA WAKIL DAN SALINAN IC WAKIL beserta RESIT RASMI. Surat kuasa wakil hendaklah merupakan SURAT RASMI yang di alamatkan kepada Pendaftar, Department of Academic Affairs dan menyatakan maklumat NAMA DAN NOMBOR KAD PENGENALAN wakil yang dilantik. Syarat-syarat di atas perlu dipenuhi sebelum skrol diserahkan kepada wakil.
* Hanya Graduan yang layak sahaja boleh mengambil skrol selepas majlis konvokesyen selesai.
  1. Graduan yang telah melunaskan yuran pengajian sebelum 31 OGOS 2025 dan;
  2. Telah membayar yuran konvokesyen secara online sebelum 10 OKTOBER 2025 atau secara tunai sebelum 23 OKTOBER 2025.