ETIKA PEMAKAIAN MAJLIS KONVOKESYEN CYBERNETICS 2025

Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah memakai pakaian lengkap, kemas dan sopan seperti berikut :
A. PAKAIAN AKADEMIK GRADUAN
1. Pakaian akademik yang disewa daripada kolej terdiri daripada sehelai Jubah, sehelai Hood dan satu Mortar Board.
2. Pakaian Akademik yang lengkap WAJIB dipakai semasa menghadiri Majlis Konvokesyen.
3. Hood akan diberikan mengikut kluster seperti maklumat di bawah :

PROGRAM KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS (KTAC)


 Warna Hood : BIRU
  1. Diploma Pengurusan Perniagaan (DPP)
  2. Diploma In Human Resource Management (DPSM)

Warna Hood :KUNING

  1. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DEC)
  2. Diploma Syariah (DS)
  3. Diploma Pengurusan Hotel dan Katering (DHC)

Warna Hood : MERAH

  1. Diploma Teknologi Maklumat (DCF)
  2. Diploma Multimedia Kreatif (DMK)
  3. Diploma Pengurusan Penerbangan (DAM)

Tiada Hood

  1. Certificate Of Business Management (SPP)
  2. Sijil Multimedia Kreatif (SMK)
  3. Certificate Of Aviation Management (SAM)
  4. SKM Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tahap 3)

PROGRAM CYBERNETICS INTERNATIONAL COLLEGE (CINT)


Warna Hood : BIRU
  1. Diploma Pengurusan Logistik (DLM)
  2. Diploma Pengurusan Pelancongan (DTM)

PROGRAM EKSEKUTIF KTAC EDUCATION


Warna Hood : BIRU
  1. Master Eksekutif Pengurusan Pentadbiran (MEBA)
  2. Master Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia (MEPSM)
  3. Bacelor Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia (BEPSM)
  4. Bacelor Eksekutif Pentadbiran Pejabat (BEOM)
  5. Diploma Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia (DEPSM)
  6. Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan (DEPP)
  7. Diploma Eksekutif Perakaunan (DEPA)
  8. Diploma Eksekutif Pengurusan Logistik (DEPL)

Warna Hood :KUNING

  1. Bacelor Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-Kanak (BEPAK)
  2. Bacelor Eksekutif Perundangan (BEIL)
  3. Diploma Eksekutif Perundangan (DEIL)
  4. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak- Kanak (DEPAK)
  5. Diploma Eksekutif Pengurusan Hotel (DEPH)

Warna Hood : MERAH

  1. Bacelor Eksekutif Pekerjaan, Keselamatan & Kesihatan (BEOSH)
  2. Diploma Eksekutif Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan (DEOSH)

B.  ETIKA PAKAIAN GRADUAN WANITA

  1. Pakaian kebangsaan / kurung / kebaya yang labuh serta sopan atau;
  2. Blaus berlengan panjang dan skirt / kain labuh hingga ke buku lali serta sopan.
  3. Kain jenis 'lace' boleh dipakai dengan syarat mempunyai 'lining' di sebelah dalam.
  4. Pakaian mestilah MENUTUP BADAN dan TANGAN SEHINGGA LEHER.
  5. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yg bersesuaian.
  6. Warna pakaian, bebas dan tiada warna tema.
  7. KASUT WAJIB BERTUTUP di hadapan dan belakang dan tumit tidak melebihi 2 inci.
  8. Bagi yang tidak bertudung dan berambut panjang, graduan hendaklah mengikat rambut / sepit rambut / sanggul.
  9. Rambut tidak berwarna lain selain warna asal.
  10. Tudung dalam keadaan kemas.
  11. Graduan Wanita TIDAK DIBENARKAN / DILARANG memakai atau membawa:
    1. Pakaian terdedah yang tidak sopan.
    2. Kain jenis `lace` yang menunjukkan bentuk badan.
    3. Skirt pendek paras betis / lutut / peha.
    4. Kain / pario terbelah belakang / depan / tepi.
    5. Pakaian jenis berseluar panjang.
    6. Kasut tidak formal seperti kasut sukan / selipar / sandal / kasut yang terbuka di bahagian depan dan belakang.
    7. Beg tangan atau apa-apa jenis beg semasa memasuki barisan perarakan.

C.  ETIKA PAKAIAN GRADUAN LELAKI

  1. Baju Melayu cekak musang (warna hitam & tidak becorak) bersampin songket atau;
  2. Lounge Suit / Baju Kemeja formal lengan panjang bertali leher.
  3. Seluar `Slack` panjang berwarna hitam dan hujung seluar mencecah bahagian atas kasut, tidak melepasi tumit atau tidak terlalu singkat di atas buku lali.
  4. KASUT KULIT/PVC (WARNA HITAM) BERTUTUP dihadapan dan dibelakang.
  5. Sepasang STOKIN KAKI berwarna hitam dan panjang.
  6. Rambut pendek (rambut tidak boleh melebihi kolar baju).
  7. Rambut tidak berwarna lain selain warna asal.
  8. Graduan Lelaki TIDAK DIBENARKAN / DILARANG memakai atau membawa:
    1. T-Shirt atau seluar jeans.
    2. Baju melayu bercorak dan warna selain dari hitam.
    3. Kasut tidak formal seperti kasut sukan / selipar / sandal / kasut yang terbuka di bahagian depan dan belakang.
    4. Tidak memakai stokin / stokin pendek di bawah buku lali.
    5. Memakai aksesori seperti rantai, anting-anting atau gelang tangan.
    6. Beg tangan atau apa-apa jenis beg semasa memasuki barisan perarakan.

D.  ETIKA PAKAIAN TETAMU / IBU BAPA

  1. Baju Kebangsaan/ Baju Batik/ Lounge Suit/ Sopan dan kasut bertutup.
  2. Pakaian mestilah MENUTUP BADAN dan TANGAN SEHINGGA LEHER.
  3. TIDAK DIBENARKAN memakai topi atau bunga di atas kepala.
  4. TIDAK DIBENARKAN memakai baju atau seluar dari jenis 'JEANS' dan berselipar semasa masuk ke dalam Dewan.
  5. TIDAK DIBENARKAN membawa bunga tangan / bounquet / apa-apa yang akan memakan ruang dan kerusi lain.

Majlis konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi, graduan diingatkan supaya mematuhi etika pakaian yang ditetapkan. Para graduan yang tidak mematuhi etika pakaian dan penampilan di atas, TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai perarakan atau naik ke atas pentas untuk upacara pengurniaan skrol.